-
If I were to have a certificate with coverage amounting to RM200,000, how much compensation would I stand to receive in the event of loss or damage to my home?
Berapakah nilai pampasan yang boleh dituntut bagi sijil takaful sebanyak RM200,000 sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan?
The loss, if caused by any of the covered perils, will be paid based on the loss suffered, covered value, or market value which subject peril to excess; less the allowance for depreciation for wear & tear and under coverage penalty (if any).
Nilai pampasan ke atas kerosakan yang disebabkan oleh bahaya (peril) yang dilindungi, adalah berdasarkan kerosakan yang dialami, bergantung kepada nilai perlindungan atau nilai semasa, tertakluk kepada lebihan, penolakan ke atas susut nilai dan penalti terhadap “underinsurance’ (sekiranya ada).
The claimant needs to provide proof/documents to support the loss/claim i.e. police report (for civil cases), photographs of the damage, quotations or invoice of repair, historical purchase invoices, technician’s report on causation (if involving electrical items), etc.
Pemegang Sijil hendaklah mengemukakan bukti atau dokumen untuk menyokong kerugian atau tuntutan seperti laporan polis, gambar kerosakan, sebutharga atau invois pembaikan, invois pembelian terdahulu, laporan teknikal untuk punca kerosakan (sekiranya melibatkan barangan elektrik), dan lain-lain.
-
Can I claim for alternative accommodation or loss of rental if the house becomes uninhabitable due to an accident?
Bolehkah saya menuntut pampasan bagi penginapan alternatif / kehilangan penyewaan sekiranya kediaman tersebut tidak boleh dihuni akibat kemalangan?
If the loss is caused by any of the covered perils, you can claim for alternative accommodation or loss of rental under Rent Takaful; only for the duration necessary for reinstatement and subject to an amount not exceeding 10% of the total Sum Covered.
Sekiranya kerosakan disebabkan oleh mana-mana bahaya (peril) yang dilindungi, pemegang sijil boleh membuat tuntutan ke atas penempatan alternatif / kehilangan penyewaan di bawah manfaat Kerugian Sewa; hanya bagi tempoh yang diperlukan untuk pengembalian semula dan tertakluk kapada jumlah yang tidak melebihi 10% daripada jumlah nilai perlindungan.
-
Can I include any renovation costs in the Sum Covered amount?
Bolehkah kos pengubahsuaian kediaman dimasukkan ke dalam jumlah nilai perlindungan?
A building in HouseOwner certificate refers to a Private Dwelling House at the premises, including all domestic offices, stables; garage, and outbuildings on the same premises used solely in connection to it and on the same premises; fixtures and fittings; walls, gates, and fences around the premises.
Bangunan di dalam sijil Takaful Pemilik Rumah bermaksud bangunan rumah kediaman persendirian di mana terletaknya premis tersebut termasuk segala pejabat domestik, kandang kuda, garaj dan bangunan-bangunan luar yang berkaitan dengannya dan di atas premis yang sama, barang kelengkapan, dinding, pintu pagar dan pagar di sekeliling premis.
Thus, the Person covered must ensure that the Sum Covered is adequate to cover the property including renovations, fixtures, and fittings inside the premises. Otherwise, in the event of loss, the claim will be subjected to a penalty of under coverage.
Maka, ianya amat penting untuk pelanggan memastikan nilai perlindungan adalah mencukupi untuk melindungi harta benda termasuk kos pengubahsuaian, dan barang kelengkapan di dalam bangunan premis. Sekiranya tidak mencukupi, nilai pampasan akan tertakluk kepada penalti terhadap “underinsurance”.
-
Can I claim on floor tiles that have suddenly cracked or popped up?
Bolehkah saya menuntut pampasan bagi kerugian atau kerosakan disebabkan oleh jubin lantai yang tertimbul atau pecah?
The HouseOwner Takaful certificate provides cover for loss or damage to the covered property caused by the covered perils i.e. Fire, lightning, domestic explosion, aircraft, impact by a vehicle or animal, bursting or overflowing of domestic water tanks/apparatus/pipes, theft, windstorm, earthquake/volcanic eruption and flood.
Sijil Takaful Pemilik Rumah memberikan perlindungan untuk kerugian atau kerosakan kepada harta benda yang dilindungi yang disebabkan oleh bahaya (peril) yang terdapat di dalam takaful iaitu kebakaran, kilat, letupan domestik, pesawat udara, hentaman oleh sebarang kenderaan jalan raya atau binatang, pecah atau melimpahnya tangki, peralatan atau paip air rumah, kecurian, ribut angin, gempa bumi, letupan gunung berapi dan banjir.
No financial assistance will be provided if the loss was not due to the above-mentioned perils.
Tiada bantuan kewangan akan diberikan sekiranya kerosakan yang dialami tidak disebabkan oleh bahaya (peril) yang dinyatakan di dalam kontrak takaful.
-
Can I claim for loss or damage caused by a guest if my homestay was covered by this certificate?
Bolehkah saya menuntut kerugian atau kerosakan yang dilakukan oleh tetamu sekiranya saya membuat perlindungan takaful untuk kediaman yang dijadikan rumah penginapan (homestay)?
The HouseOwner/ HouseHolder Takaful certificate is for Private Dwellings only. For a homestay, the appropriate certificate to cover the property is a Fire Certificate.
Sijil Takaful Pemilik Rumah / Isi Rumah ialah untuk rumah kediaman persendirian. Untuk rumah penginapan (homestay), sijil yang lebih bersesuaian adalah Sijil Kebakaran.
-
Can I claim the cost of having to hack walls to locate and repair the damaged pipes due to a burst pipe incident in the house?
Bolehkah saya menuntut pampasan bagi kos untuk memecahkan dinding untuk mencari dan membaiki paip yang rosak akibat daripada kejadian paip air yang pecah di dalam rumah yang dilindungi oleh Pelan Takaful?
The HouseOwner Takaful certificate provides cover for loss or damage to the covered property caused by the covered perils, in this instance — burst and overflowing of water tanks/pipes/apparatus. Since the certificate only covers the resultant damage directly caused by the covered perils, the cost to locate and repair the damaged pipes is not payable.
Sijil Takaful Pemilik Rumah menyediakan perlindungan harta benda yang dilindungi untuk kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh bahaya (peril) yang dilindungi, dalam hal ini — pecah dan limpahan tangki / paip / perkakas air. Oleh kerana sijil ini hanya merangkumi kerosakan yang disebabkan secara langsung oleh bahaya (peril) yang dilindungi, maka kos untuk mencari dan memperbaiki paip tidak akan dibayar.
-
Can I make a claim for a stolen water pump that was located outside the premises?
Bolehkah saya menuntut pampasan akibat kecurian pam air yang terletak di luar bangunan yang dilindungi oleh Pelan Takaful?
This certificate provides cover for theft but only if it is accompanied by an actual forcible and violent break-in into a building or any attempted threat to.
Sijil ini menyediakan perlindungan terhadap kecurian tetapi hanya jika disertai dengan tindakan pecah masuk bangunan atau sebarang percubaan ancaman.
In this instance, since the water pump is located outside the building, the loss is not admissible.
Di dalam hal ini, oleh kerana pam air terletak di luar bangunan, maka kerugian tersebut tidak dilindungi.